Saturday, February 12, 2011

Situasi 7

Bahasa Cerminan Bangsa

Isu yang ingin diketengahkan dalam lembaran diari pada kali ini ialah bahasa Melayu yang mengalami kecelaruan identiti seperti dalam susunan kata, penggunaan istilah atau kata dan struktur ayat itu sendiri. Malahan yang membina ayat tersebut adalah orang Melayu sendiri seperti di dalam keratan akhbar yang bertarikh 12/2/2011 :


Tanda amaran yang dibuat oleh penduduk tersebut ditujukan kepada lori bukan kepada pemandu lori sedangkan yang melakukan kesalahan adalah pemandu lori yang memandu dengan laju.  Bukan itu sahaja malahan mereka turut menggunakan singkatan kata, iaitu kata 'sikit' menjadi 'kit'.  Perkara ini seharusnya tidak berlaku kerana tanda amaran tersebut akan dibaca oleh ramai pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut dan ini menggambarkan kepada kaum lain kelemahan bahasa Melayu itu sendiri yang sewenang-wenangnya disingkatkan.

Sunday, February 6, 2011

Situasi 6

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sayangi bahasa.

Pertemuan pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman tentang penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem Melayu di negara kita.  Penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem misalnya, di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di mana pengarah menggambarkan masyarakat  yang berasal dari negeri Perak kerana penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelakon filem tersebut yang menggunakan dialek negeri Perak.  Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang agak menyukarkan penonton untuk memahami sesuatu perkataan tersebut.  Hal ini demikian kerana terdapat penggunaan loghat atau dialek daerah yang digunakan tidak betul sebutannya.  Malahan terdapat juga penggunaan singkatan perkataan contohnya ayat,
                   
                    cer citer...

Ayat tersebut telah disingkatkan di mana mengikut bahasa Melayu standard ayat tersebut berbunyi,

                    cuba cerita...

Kedaan ini boleh mempengaruhi golongan remaja terutamanya pelajar sekolah untuk menggunakan perkataan tersebut dan adakalanya terbawa-bawa dalam penulisan karangan di sekolah.