Assalamualaikum w.b.t. dan salam sayangi bahasa.
Pertemuan pada kali ini, saya ingin berkongsi sedikit coretan pengalaman tentang penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem Melayu di negara kita. Penggunaan bahasa yang digunakan dalam filem misalnya, di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah di mana pengarah menggambarkan masyarakat yang berasal dari negeri Perak kerana penggunaan bahasa yang digunakan oleh pelakon filem tersebut yang menggunakan dialek negeri Perak. Namun begitu, terdapat beberapa perkataan yang agak menyukarkan penonton untuk memahami sesuatu perkataan tersebut. Hal ini demikian kerana terdapat penggunaan loghat atau dialek daerah yang digunakan tidak betul sebutannya. Malahan terdapat juga penggunaan singkatan perkataan contohnya ayat,
cer citer...
Ayat tersebut telah disingkatkan di mana mengikut bahasa Melayu standard ayat tersebut berbunyi,
cuba cerita...
Kedaan ini boleh mempengaruhi golongan remaja terutamanya pelajar sekolah untuk menggunakan perkataan tersebut dan adakalanya terbawa-bawa dalam penulisan karangan di sekolah.
No comments:
Post a Comment