Sunday, March 13, 2011

Situasi 17

~Tingkah Laku sejajar dengan Pendidikan~

Pada hari ini, ketika sedang asyik saya membaca tajuk-tajuk utama dalam akhbar Harian Metro, mata saya terhenti pada tajuk akhbar yang saya fikir begitu menarik untuk dikongsikan bersama di dalam blog ini.  Tajuk tersebut ialah : 


 

Seperti yang telah tertera di tajuk akhbar tersebut yang dianggap menjatuhkan martabat dan nilai yang dimiliki pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) telah mencalarkan kredibiliti pelajar IPTA dengan kes-kes seumpama ini.  Perkara ini tidak seharusnya berlaku sekiranya pelajar tersebut dapat berfikir dengan rasional terhadap tindakannya yang menjaja tubuhnya kepada orang lain.  Dek kerana pelajar tersebut merupakan salah seorang pelajar IPTA, maka nilai dan persepsi pelajar IPTA dimata masyarakat kini sudah berubah seperti pepatah Melayu, 

'Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'

Sekian, wassalam...

No comments:

Post a Comment