Assalamualaikum w.b.t. dan salam cintai bahasa.
Situasi berlaku semasa para pelajar berebut menaiki bas untuk pergi ke kuliah di Proton City.
Pelajar 1 : Hoi...sabar ar orang tak habis turun lagi tu.
Ulasan : Pemakaian atau penggunaan bahasa yang digunakan dalam kalangan mahasiswa/i tidak seharusnya menggunakan atau melontarkan ayat seperti di atas kerana ayat tersebut dianggap kasar dipendengaran halwa telinga. Ini menunjukkan ketidaksopanan ayat yang digunakan dalam pertuturan seseorang yang dianggap berilmu. Seharusnya sebagai mahasiswa/i ayat yang boleh digunakan untuk menunjukkan sedikit kesopanan seperti :
Pelajar 1 : Sekejap ye...boleh bersabar tak. Bagi laluan orang nak turun dulu.
No comments:
Post a Comment