Thursday, March 17, 2011

Situasi 40

~Permasalahan tatabahasa~

Assalamualaikum...

Masih juga saya ingin membicarakan mengenai permasalahan tatabahasa dalam akhbar.  Walaupun ada sesetengah pihak yang tidak ambil peduli tentang permasalahan ini, tetapi bagi saya permasalahan ini perlu diberi tumpuan oleh penulis akhbar.  Pada hari ini, semasa saya sedang membaca akhbar Berita Harian, saya terbaca iklan yang berbunyi,




Saya tidak pasti sama ada editor akhbar tersebut sudah menyemak tatabahasa dan segala ejaan yang digunakan dalam akhbarnya.  Ayat "Pastinya, mampu milik sekarang" di mana terdapat kesalahan tatabahasa yang sepatutnya ayat itu ditulis "Pastinya, mampu dimiliki sekarang".

Komen :
Pada pendapat saya, walaupun kesalahan tatabahasa yang dilakukan dilihat agak remeh tetapi adakalanya  akan menjejaskan maksud ayat itu sendiri atau menyukarkan pemahaman pembaca untuk memahami ayat tersebut.

Hancur bahasa, musnahlah bangsa... 

Situasi 39

~Bahasa Rojak~

Bahasa rojak ialah bahasa yang mengalami percampuran kod dalam pertuturan.  Hal ini telah menggugat perkembangan dan kualiti bahasa Melayu.  Kini, bahasa rojak semakin menular dalam kalangan generasi muda.  Percampuran kod ini biasanya berlaku antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan bahasa Cina.  Contohnya, 

Bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris :


Bahasa Melayu dengan bahasa Cina :
  • Nak makan sini ke nak tapau (bungkus)?
  • Jangan susah hati maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim (bertolak ansur) punya maa!
  • Apasal (Kenapa) lu buat ini kerja cincai (tak sempurna)

Namun, permasalahan ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan generasi muda tetapi dalam kalangan menteri juga yang sepatutnya menggunakan bahasa Melayu  dengan betul.  

Komen :
Pada pendapat saya, seharusnya diberikan perhatian kerana penggunaan bahasa rojak pada masa kini semakin menular.  Hal ini telah menjejaskan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagao bahasa kebangsaan.  

Bahasa melambangkan bangsa...

Situasi 38

~Budaya Terima Kasih Budaya Kita~

Selamat bertemu kembali...^_^

Di Malaysia, kita begitu mudah untuk mendengar orang mengucapkan 'Terima kasih'.  Contohnya yang saya ambil di sini ialah pelajar-pelajar UPSI sendiri setiap kali turun dari bas akan mengucapkan 'Terima kasih' kepada pemandu bas tersebut.  Walaupun terdapat segelintir pemandu bas yang tidak membalaas ucapan 'Terima kasih' yang diucapkan oleh pelajar tetapi pelajar-pelajar lain tetap juga mengucapkan 'Terima kasih' kepada pemandu bas tersebut.  Ucapan terima kasih ini tidaklah sukar untuk diucapkan, malahan tidak dikenakan bayaran pun untuk mengucapkannya, tetapi masih juga terdapat segelintir masyarakat yang sukar untuk mengucapkan terima kasih.  

Komen :
Pada pendapat saya, ucapan 'Terima kasih' ini perlu dijadikan amalan dan kebiasan kepada kita apabila seorang individu telah membantu kita. Ucapan terima kasih ini tidaklah mengambil masa yang lama untuk diucapkan. Jadi, tidak menjadi masalah jika sentiasa mengucapkan apabila berkomunikasi selain untuk mewujudkan kemesraan dalam berkomunikasi.  Sekian...^_^

Terima kasih kerana membaca blog saya ini...=)

Situasi 37

~Hilangnya rasa hormat~

Assalamualaikum w.b.t

Dahulu guru begitu dihormati oelh pelajarnya.  Malah, walau apa pun denda yang dikenakan oleh guru diterima oleh pelajar tanpa membantah atau melawannya.  Tetapi kini, pelajar sudah hilang rasa hormatnya kepada guru.  Mereka dengan beraninya memukul guru, mengugut guru dan melawan guru.  Kini, tugas guru hanya mengajar sahaja kerana apabila guru menegur salah laku pelajar, pastinya guru tersebut akan dikenakan tindakan.  Dunia perguruan semakin mencabar pada masa kini dengan tugas yang semakin banyak dan masalah disiplin pelajar yang tidak terkawal.  Apabila pelajar sudah hilang rasa hormat kepada guru, maka timbullah masalah-masalah seperti yang dinyatakan tadi.  Inilah keberanian yang dimiliki pelajar pada alaf ini.




Komen :
Oleh itu, hormatilah guru supaya segala ilmu yang disampaikan mudah untuk diperoleh dan tujuan guru mengenakan denda adalah untuk mengajar, mendidik dan mendisiplinkan kita supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. 

Sayangi dan hormati guru...=)

Situasi 36

~Isu pembuangan bayi~

Salam sejahtera.

Saya rasa terpanggil untuk mengulas isu masalah pembuangan bayi yang semakin tidak terkawal pada masa kini kerana begitu banyak setiap hari di akhbar-akhbar pasti terdapat satu atau dua berita mengenai pembuangan bayi.  Saya begitu tersentuh apabila melihat bayi yang tidak berdosa diperlakukan seperti itu.  Dibuang di tepi jalan, di dalam tong sampah, di masjid dan akhirnya bayi yang baru mahu melihat dunia itu dihurung semut dan terseksa.  Puncanya apabila zina berlaku di mana-mana sahaja tanpa ada perasaan segan silu yang akhirnya menjadi penyumbang kepada penigkatan kes pembuangan bayi kerana tidak mahu menanggung malu.



Di mana sifat keperimanusiaan ibubapa bayi tersebut yang sanggup membuang darah daging sendiri? Saban tahun kes pembuangan bayi ini semakin meningkat, malah pelajar sekolah juga antara penyumbang kepada permasalahan ini. 

Pelajar sekolah agama buang bayi
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
berita@kosmo.com.my

PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.

Komen :
Pada pendapat saya, pihak yang berwajib seharusnya menangani permasalahan ini kerana kes pembuangan bayi ini dilihat semakin membimbangkan.  Pihak berkuasa seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah-pesalah ini supaya dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat.

Sekian...wassalam.

Situasi 35

~Kesalahan ejaan dalam media cetak~

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera rakan-rakan sekalian...(^_^)

Media cetak yang saya khususkan di sini ialah surat khabar.  Surat khabar merupakan media cetak yang menjadi kemestian kepada masyarakat membeli dan membacanya untuk mengetahui isu-isu semasa dalam negara mahupun luar negara.  Pembeli akhbar ini terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat dan kaum.  Oleh itu, setiap ejaan, struktur ayat, dan bahasa yang digunakan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum dicetak dan diterbitkan.  Contoh kesalahan ejaan yang terdapat dalam akhbar,


Kesalahan ejaan yang begitu ketara kerana kesalahan tersebut berlaku pada tajuk berita, iaitu perkataan "cermin" menjadi "cemin".

Komen :
Pihak penerbitan seharusnya peka terhadap perkara-perkara seumpama ini kerana kesalahan yang dilakukan begitu nyata.  Jika kesalahan itu di dalam isi berita, pembaca mungkin tidak menyedarinya tetapi kesalahan ini terjadi pada tajuk berita tersebut.  Sekian...
 

Situasi 34

~Bahasa Halus~

Assalamualaikum w.b.t.

Pertemuan pada kali ini saya ingin membicarakan mengenai bahasa halus.  Pastinya anda semua tahu bukan apa itu bahasa halus? Bahasa halus ialah  sistem bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Bahasa halus ini digunakan untuk menghormati orang yang dilawan bercakap,  menjaga  perasaan  orang  yang dilawan bercakap, mewujudkan  kemesraan dan menghormati peraturan adat istiadat 

Bahasa halus dikaitkan dengan unsur eufemisme, iaitu ungkapan lembut, sopan dan manis  yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar seperti mayat  kepada jenazah.  Pada hari ini, semasa di dalam kelas terdapat seorang pelajar menyebut "lubang jamban".  Jika kita dengar perkataan itu disebut di dalam kelas, kita dengar langsung tidak sopan kerana kelas merupakan tempat pendidikan formal yang seharusnya menggunakan bahasa yang lebih manis seperti "lubang tandas" jika didengar lebih sopan.

Oleh itu, apabila kita bertutur sama ada di dalam kelas mahupun di mana-mana, kita seharusnya menggunakan bahasa yang sopan dengan tujuan untuk menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap atau mewujudkan kemesraan.