Tuesday, March 15, 2011

Situasi 27


~Setia kepada bahasa ibunda~

Masih juga kita berbicara tentang bahasa dan masyarakat kerana blog ini dikhaskan untuk subjek sosiolinguistik yang mengkaji tentang masyarakat dan bahasa. 

Pada hari ini semasa saya sedang beberapa artikel di internet, saya begitu tertarik dengan artikel ini, 

 
Adakah sukar untuk bertutur dalam bahasa Melayu?  Pada pemerhatian saya, memang kebanyakan pemimpin termasuklah menteri-menteri adakalanya suka bertutur dalam bahasa Inggeris ketika di wawancara.  Sedangkan pemimpin tersebut merupakan orang Melayu yang sepatutnya bangga dengan bahasa ibundanya sendiri.  Jika tidak bangsa sendiri yang mengangkat bahasa ibunda sendiri siapa lagi?  Oleh yang demikian, kita seharusnya berbangga dengan bahasa ibunda kita dan setia kepada bahasa ibunda walaupun kita perlu mengetahui bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris, bahasa Mandarin dan sebagainya untuk pasaran kerja.  Maka, seharusnya sebagai pemimpin masyarakat perlulah memberikan contoh yang terbaik kepada golongan muda dalam berbahasa.



Bahasa Jiwa Bangsa...=)

No comments:

Post a Comment