~Mudahnya terpengaruh dengan bahasa Pijin~
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pasti rakan-rakan yang membaca entri ini akan tertanya-tanya mengapa saya mengemukakan tajuk seperti yang tertera diatas? Saya tertarik untuk mengisi blog saya ini dengan pernyataan diatas kerana semasa saya pergi membaiki motosikal di sebuah bengkel motor Cina datang seorang pelanggan Melayu untuk membaiki motorsikalnya. Ketika saya duduk menunggu motorsikal saya dibaiki, saya dan rakan saya terdengar bahasa yang digunakan oleh pelanggan Melayu tersebut. Pelanggan itu menggunakan bahasa Pijin, iaitu bahasa yang mengalami percampuran antara dua atau lebih bahasa. Contoh situasi yang saya alami ialah pelanggan Melayu itu bertutur mengikut pelat Cina pekerja bengkel tersebut. Mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul ketika berkomunikasi dengan pekerja Cina tersebut? Begitu mudah orang Melayu ini terpengaruh dengan pertuturan bangsa lain. Bagaimana agaknya bahasa Melayu ini pada masa akan datang?
Coretan sebagai renungan...
No comments:
Post a Comment