Masyarakat Melayu begitu terkenal dengan sifatnya yang bersopan-santun dan penuh dengan adat ketimuran. Namun, kejadian yang telah berlaku dihadapan saya yang tidak saya duga menjadikan saya berfikir sejenak tatkala itu. Kemana hilangnya kesopanan dan kesantunan masyarakat Melayu?
Peristiwa ini berlaku semasa saya dan rakan saya Suzana sedang memilih beberapa pasang kasut. Sedang kami asyik memilih kasut yang ingin dibeli datang seorang pelanggan bersama anaknya yang bertanyakan kepada jurujual di kedai tersebut tentang saiz kasut sukan yang ingin dibeli untuk anaknya. Tanpa diduga, pelanggan tersebut tiba-tiba naik berang dan memarahi jurujual tersebut. Kemudian, pelanggan itu mahu berlalu pergi tetapi oleh kerana mulut anak pelanggan tersebut yang boleh dikatakan kurang ajar telah menimbulkan pertelingkahan antara jurujual tersebut dengan ibunya. Kejadian ini berlarutan agak lama kerana pelanggan tersebut ingin bertemu dengan penyelia atau majikan kedai tersebut dan ingin membuat aduan kepada Persatuan Pengguna. Jurujual tersebut telah meminta maaf kepada pelanggannya itu, namun pelanggan yang berdegil itu tetap mahu berjumpa dengan majikan kedai tersebut.
No comments:
Post a Comment