Mungkin telah banyak entri saya yang sering membicarakan isu adab dan budi bahasa. Namun, isu inilah yang menjadi pilihan saya untuk dibincangkan dan dikongsi bersama rakan-rakan blog di entri ini. Entah mengapa hati ini ingin berkongsi bersama rakan-rakan di blog tentang kejadian yang berlaku semasa pertemuan bersama penyelaras praktikum yang diadakan di Dewan Kuliah C di mana pertemuan ini khas untuk mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan Bahasa Melayu semesta 6 yang akan menjalani praktikum pada bulan Mei ini.
Perkara yang saya fikir begitu tertarik untuk dikongsi bersama apabila seorang mahasiswi yang mengajukan soalan kepada penyelaras yang juga pensyarah telah menggunakan nada suara yang saya fikir agak tinggi nadanya. Walaupun mungkin mahasisiwi tersebut tidak bermaksud begitu namun begitu, telah menjadikan suasana di Dewan Kuliah tersebut agak riuh dengan rakan-rakan yang menyokong persoalan yang dikemukakan oleh mahasiswi tersebut. Perbuatan tersebut telah ditegur oleh Ketua Jabatan yang juga hadir pada malam itu dan beliau menyatakan bukan begini caranya seorang bakal pendidik untuk berbincang sepertinya perbincangan di Parlimen dengan mahasisiwa dan mahasiswi lain mengetuk meja menandakan menyokong persoalan tersebut.
Komen :
Sebagai seorang mahasiswa dan mahasiswi yang bakal menjadi pendidik kelak tidak seharusnya bersikap seumpama ini kerana ini menunujukkan sikap yang tidak matang dalam membincangkan sesuatu isu atau memberikan idea untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Jadikanlah sebagai pedoman dan panduan pada masa akan datang...
No comments:
Post a Comment