Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Masih juga saya ingin membicarakan soal pengaruh filem kepada masyarakat pada masa kini. Ketika ini ramai orang asyik mengatakan perkataan,
"Kite bako je..kite bako je.."
Perkataan tersebut diambil daripada filem Hantu Kak Limah balik Rumah. Masih juga saya membicarakan filem yang sama dalam entri ini. Filem ini begitu mendapat tamparan yang begitu dahsyat kepada masyarakat bukan sahaja kepada golongan remaja, malahan golongan dewasa juga ada terikut-ikut mengucapkan perkataan tersebut apabila berguarau dengan rakan-rakan. Selain itu, perkataan itu juga ada diucapkan oleh penyampai radio apabila berguarau senda bersama pendengarnya. Hal ini menjadikan perkataan tersebut merupakan salah satu medium untuk menjadikan sesebuah komunikasi itu menjadi lebih mesra dan bersahaja.
Komen :
Walaupun perkataan tersebut dianggap boleh mewujudkan kemesraan dalam berkomunikasi namun, penggunaannya haruslah mengikut situasi dan keadaan yang bersesuaian. Justeru, perkataan yang diucapkan oleh watak yang terdapat dalam sesebuah filem adakalanya begitu mempengaruhi penontonnya.
Bahasa Jiwa Bangsa...
No comments:
Post a Comment