Barangkali bagi sesetangah orang tidak kisah jika jiran sebelah, depan atas mahupun bawah rumah membuat bising kita akan pekakkan telinga. Namun, situasi ini pada mulanya saya pekakkan telinga sahaja dengan bunyi bising lagu yang dipasang terlalu kuat oleh jiran bawah rumah saya ini. Tetapi sehingga ke tahap yang menyebabkan saya dan juga rakan sebilik saya tidak tahan dengan bunyi bising lagu tersebut menyebabkan rakan saya memekik untuk meminta untuk memperlahankan sedikit lagu yang didengar. Hal ini kerana bunyi lagu tersebut mengganggu kami untuk bersolat dan membuat tugasan dengan tenang dan aman. Setelah diberi amaran oleh rakan saya, jiran tersebut memperlahankan lagunya tetapi hanya sebentar sahaja. Keesokan harinya jiran yang tidak tahu menghormati hak asasi jiran lain untuk berehat atau beribadah masih juga memasang lagu tersebut dengan kuat tanpa menghiraukan jiran-jirannya yang lain.
Hormatilah hak asasi manusia...
No comments:
Post a Comment