Tuesday, March 15, 2011

Situasi 28


~Masyarakat Melayu yang mudah percaya kepada perkara khurafat~

Tajuk entri ini pastinya agak pelik bukan? Saya amat tertarik untuk mengupas sedikit sesetengah masyarakat Melayu yang begitu mudah untuk mempercayai perkara-perkara khurafat ini.  Sedangkan mereka sudah tahu bahawa mempercayai perkara khurafat ini hukumnya berdosa kerana seumpama menyekutukan Allahs S.W.T. 

Saya terbawa untuk menitipkan kisah di dalam blog ini kerana setelah saya menonton filem “Khurafat” yang dihasilkan oleh pengarah muda, iaitu Syamsul Yusof saya dapati masyarakat Melayu dilihat begitu mudah terpengaruh dan mempercayai benda-benda karut yang akhirnya memakan diri sendiri. 

Walaupun zaman telah berubah, namun pemikiran masyarakat Melayu yang masih lagi ditakuk lama yang mudah percaya kepada perkara-perkara khurafat ini tidak dapat dibuang dalam diri orang Melayu.  Hal ini kerana mereka mengambil jalan udah untuk mendapatkan apa yang diingini diperoleh dengan cepat.  Oleh itu, untuk mendapatkan sesuatu yang diingini hendaklah berusaha pada jalan yang betul dan tidak memesong sehingga boleh memesongkan akhlak dan akidah.

 
Untuk renungan bersama...

No comments:

Post a Comment