~Isu pembuangan bayi~
Salam sejahtera.
Saya rasa terpanggil untuk mengulas isu masalah pembuangan bayi yang semakin tidak terkawal pada masa kini kerana begitu banyak setiap hari di akhbar-akhbar pasti terdapat satu atau dua berita mengenai pembuangan bayi. Saya begitu tersentuh apabila melihat bayi yang tidak berdosa diperlakukan seperti itu. Dibuang di tepi jalan, di dalam tong sampah, di masjid dan akhirnya bayi yang baru mahu melihat dunia itu dihurung semut dan terseksa. Puncanya apabila zina berlaku di mana-mana sahaja tanpa ada perasaan segan silu yang akhirnya menjadi penyumbang kepada penigkatan kes pembuangan bayi kerana tidak mahu menanggung malu.
Di mana sifat keperimanusiaan ibubapa bayi tersebut yang sanggup membuang darah daging sendiri? Saban tahun kes pembuangan bayi ini semakin meningkat, malah pelajar sekolah juga antara penyumbang kepada permasalahan ini.
Pelajar sekolah agama buang bayi
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA dan ZAINAL AZHAR MOHAMED
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.
Komen :
Pada pendapat saya, pihak yang berwajib seharusnya menangani permasalahan ini kerana kes pembuangan bayi ini dilihat semakin membimbangkan. Pihak berkuasa seharusnya mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah-pesalah ini supaya dapat dijadikan pengajaran kepada masyarakat.
Sekian...wassalam.
No comments:
Post a Comment