~Etika penulisan dalam berita~
Salam merindu bahasa...
Pengetahuan ini saya perolehi semasa dalam kuliah subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Pensyarah tersebut ada menyatakan bahawa wartawan-wartawan yang menulis berita di akhbar-akhbar kebanyakannya tiada etika dalam penulisan berita. Hal ini demikian kerana apabila mereka menghasilkan artikel atau, rencana nama-nama menteri atau orang-orang kehormat ditulis tanpa gelaran atau pangkat yang dimiliki oleh mereka. Walhal, pangkat dan gelaran itu menunjukkan kedudukan menteri atau pemimpin tersebut dalam organisasi negara. Contohnya,
Chong Wei dapat tonik baru buru pingat dunia, Olimpik
2011/03/16
2011/03/16
“Kemenangan tempoh hari memberi lebih keyakinan kepada saya menghadapi saingan Kejuaraan Dunia Ogos ini.
“Saya juga rasa lebih yakin dan bersemangat untuk membawa balik pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik London, tahun depan,” katanya pada majlis sarapan pagi bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya, pagi semalam.
Oleh itu, perkara-perkara seumpama ini tidak harus berlaku kerana akhbar-akhbar ini dibaca oleh segenap lapisan masyarakat, bangsa dan umur. Mengapa Datin Seri Rosmah Mansor mempunyai Seri tetapi Datuk Najib Tun Razak tidak?
Komen :
Pada pandangan saya, perkara tersebut perlu diambil berat oleh pihak percetakan sebelum diulang cetak dan edarkan kepada masyarakat. Gelaran dan pangkat itu sangat penting bagi menunjukkan kedudukannya dalam masyarakat dan pendidikannya. Sekian..
Hanya berkongsi ilmu...=)
No comments:
Post a Comment