~Dimana-mana saja ada kesalahan bahasa~
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan...
Pada hari ini saya ada sesuatu perkara yang mahu saya kongsikan bersama anda. Selepas saya habis kelas sosiolinguistik di Proton City, saya dan seorang rakan saya terus bergegas ke kampus untuk ke perpustakaan. Dalam perjalanan menuju ke perpustakaan, saya telah terpandang satu memo berbentuk arahan yang dilekatkan di pintu salah sebuah bilik pentadbiran di Bangunan E-Learning. Memo arahan tersebut didapati telah melanggar hukum atau peraturan dalam tatabahasa bahasa Melayu. Memo tersebut berbunyi seperti ini:
Dalam memo ini, perkataan "perlahan" telah diletakkan angka 2 sebagai tanda perkataan tersebut digandakan. Kemudiannya, saya juga dapati bahawa dalam memo ini tidak dinyatakan sebarang kata-kata yang menunjukkan arahan sedangkan ayat ini merupakan ayat suruhan. Pada pendapat saya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana kita berada di sebuah tempat pengajian ilmu. Mengapa perkara sebegini harus berlaku sedangkan di sekelilingnya terdapat ramai golongan akademik yang bijak pandai? Mengapa tidak ada seorang pun yang menegur kesalahan ini? Saya berharap agar jika saya berpeluang untuk berjumpa dengan pegawai di situ, saya akan berusaha untuk membetulkan kesalahan yang telah dilakukannya.
No comments:
Post a Comment