Selamat bertemu kembali...^_^
Di Malaysia, kita begitu mudah untuk mendengar orang mengucapkan 'Terima kasih'. Contohnya yang saya ambil di sini ialah pelajar-pelajar UPSI sendiri setiap kali turun dari bas akan mengucapkan 'Terima kasih' kepada pemandu bas tersebut. Walaupun terdapat segelintir pemandu bas yang tidak membalaas ucapan 'Terima kasih' yang diucapkan oleh pelajar tetapi pelajar-pelajar lain tetap juga mengucapkan 'Terima kasih' kepada pemandu bas tersebut. Ucapan terima kasih ini tidaklah sukar untuk diucapkan, malahan tidak dikenakan bayaran pun untuk mengucapkannya, tetapi masih juga terdapat segelintir masyarakat yang sukar untuk mengucapkan terima kasih.
Komen :
Pada pendapat saya, ucapan 'Terima kasih' ini perlu dijadikan amalan dan kebiasan kepada kita apabila seorang individu telah membantu kita. Ucapan terima kasih ini tidaklah mengambil masa yang lama untuk diucapkan. Jadi, tidak menjadi masalah jika sentiasa mengucapkan apabila berkomunikasi selain untuk mewujudkan kemesraan dalam berkomunikasi. Sekian...^_^
Terima kasih kerana membaca blog saya ini...=)
No comments:
Post a Comment