Wednesday, March 16, 2011

Situasi 31

~Sanggup bergadai nyawa demi selamatkan nenek~

Hormati yang tua, sayangi yang muda...

Pada hari ini, semasa saya sedang membaca akhbar di internet, saya merasa amat kagum dengan keberanian seorang cucu yang berusia 12 tahun sanggup bergadai nyawa menyelamatkan nyawa neneknya yang berusia 89 tahun.  Neneknya itu berusaha untuk memadamkan api yang sedang marak menjilat rumahnya dan nekad memasuki semula rumahnya untuk memasang air paip yang berasa di ruang dapur.  Cucunya yang berada di situ pada ketika itu risau dengan keselamatan neneknya telah nekad menyusup masuk ke dalam rumah tersesbut untuk menarik keluar neneknya yang berada di dalam rumah yang sedang terbakar.  

Cucu nekad selamatkan nenek
Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

BEGINILAH keadaan rumah Wook yang musnah selepas dijilat api dalam
kebakaran di Kampung Padang Polis, Kuala Terengganu kelmarin.

Saya berasa amat kagum dan berbangga dengan keberanian kanak-kanak perempuan tersebut walaupun baru berusia 12 tahun tetapi berani mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan neneknya dari diratah oleh api yang sedang marak.  Mungkin jika kanak-kanak lain yang sebaya sepertinya pasti tidak senekad itu untuk menyelamatkan neneknya.
Sekadar perkongsian...sekian

No comments:

Post a Comment