Tuesday, March 15, 2011

Situasi 30

~Indahnya pantun~

Pantun merupakan salah satu puisi Melayu tradisional yang disampaikan secara berkias dan puitis.  Adakalanya pantun ini disampikan bertujuan untuk menyindir, memarahi dan berjenaka.  Namun begitu, orang yang mendengarnya tidak begitu berang kerana menggunakan perkataan yang sopan.  Begitu indahnya pantun tersebut sehingga tidak mengguris hati pendengarnya.

Tetapi keindahan pantun tersebut telah dicemari kerana kecanggihan teknologi kini di mana terdapat pengguna laman sosial ada yang menggunakan pantun dalam menyampaikan mesej yang ingin disampaikan. Namun, pantun tersebut telah diubah sehingga menjadikan pantun itu tidak berformat dan bahasa yang digunakan pun boleh menyinggung perasaan orang lain.  Ini menjadikan nilai estetika yang terdapat dalam pantun telah hilang dek kerana kreatifnya masyarakat pada masa kini.





Sekian, wassalam..=)

No comments:

Post a Comment