~Gelaran Ikhtisas yang agak mengelirukan~
Walaupun diri ini menimba ilmu di menara gading sudah hampir ke penghujungnya, tetapi gelaran ikhtisas yang dimiliki oleh pensyarah-pensyarah di universiti ini masih menjadi kekeliruan kepada diriku dan mungkin juga kepada rakan-rakan ku. Contohnya, seorang pensyarah ini gelaran ikhtisasnya adalah Profesor Madya Doktor. Jadi, saya dan rakan-rakan yang lain memanggilnya Prof. tetapi setelah ditegur oleh seorang pensyarah yang terdengar kami memanggilnya Prof. pensyarah tersebut menyatakan kepada kami bahawa pensyarah itu belum boleh dipanggil Prof. tetapi masih lagi dengan panggilan Doktor. Hal ini kerana Profesor Madya ialah gelaran yang diberikan oleh pihak universiti diatas usaha-usaha dalam bidang akademik seseorang pensyarah. Hal ini tidak ada kena mengena dengan status pengajian Phd atau Master yang mana kedua-duanya boleh mempunyai gelaran Prof. atau Prof. madya berdasarkan usaha pensyarah tersebut dalam bidang akademik, seperti menerbitkan buku, research dan sebagainya. Oleh itu, jangan terkejut sekiranya prof madya yang tidak ada Phd yang membawa gelaran Doktor. Hal ini kerana Prof. madya atau Prof tidak semestinya mempunyai Phd yang membawa gelaran Doktor.
No comments:
Post a Comment