~Budi bahasa dan senyuman amalan mulia~
Assalamualaikum w.b.t. dan salam mesra bahasa.
Mungkin telah banyak saya membicarakan tentang budi bahasa dan adab sopan dalam entri blog saya ini. Namun, masih juga individu yang tidak tahu untuk berbudi bahasa dalam berbicara. Kejadian ini berlaku di sebuah kedai makan di mana pekerja kedai tersebut sudahlah tidak berbudi bahasa malahan langsung tidak senyum kepada pelanggannya. Begitu sukar sangatkah untuk memberikan senyuman kepada orang lain? Sedangkan ada hadis nabi mengatakan bahawa senyum itu adalah sedekah. Begitu mudah untuk kita bersedekah selain menghulurkan wang, dari senyuman juga kita sudah bersedekah tanpa kita sedari. Budi bahasa yang saya maksudkan di sini ialah apabila pekerja di kaunter tersebut menyuruh pelanggannya mengikat sendiri plastik makanan tersebut dengan menggunakan nada yang saya anggap langsung tidak mesra pelanggan. Sudahlah bersikap tidak mesra pelanggan, senyum kepada pelanggan pun tidak mahu. Jadi, murahkanlah senyuman anda itu...=) Selamat mendengar...
Komen :
Pada pandangan saya, budi bahasa ini bergantung pada sikap individu itu sendiri. Apabila individu itu tahu menghormati orang lain tidak mustahil budi bahasa yang dimiliki juga baik.
No comments:
Post a Comment