~Mulianya profession keguruan~
Assalamualaikum w.b.t.
Pasti pembaca blog saya ini tertanya-tanya mengapa saya meletakkan tajuk entri pada kali ini berkaitan dengan profession keguruan. Jika kita lihat apa-apa jua pekerjaan, profession perguruan merupakan kerjaya yang sangat mulia kerana gurulah yang mendidik dan membentuk individu itu sehingga menjadi seorang yang berjaya. Guru merupakan pendidik anak bangsa yang bakal menerajui negara kelak. Benarlah kata Sasterawan Negara Dr. Usman Awang dalam sajaknya,
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Begitu puitis sekali sajak yang dihasilkan oleh beliau untuk mengenang jasa gurunya yang telah mendidiknya sehingga beliau berjaya kini.
Namun, pada hari ini segelintir masyarakat telah memandang serong terhadap profession perguruan yang berpunca daripada sikap segelintir guru yang tidak beretika. Sejak kebelakangan ini telah banyak cerita guru meliwat pelajar, merogol pelajar dan sebagainya tersiar di dada-dada akhbar. Hal ini telah mencalar nilai dan kredibiliti kerjaya seorang guru.
Dimanakah letaknya nilai kemanusiaan yang diterapkan dalam guru tersebut? Tergamaknya memperlakukan seperti itu terhadap pelajarnya. Oleh kerana perkara tersbut berlaku, maka ibubapa sudah hilang kepercayaan kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka.
Hayatilah bait-bait lirik lagu ini,
Jadikanlah renungan bersama...kepada bakal pendidik dan yang telah menjadi guru.
No comments:
Post a Comment