~Masalah Dialek~
Dialek ialah loghat atau bahasa daerah yang digunakan atau dituturkan dalam sekumpulan masyarakat di sesebuah daerah atau kawasan yang menggunakan bahasa yang sama dan difahami. Namun begitu, penutur dialek ini sesetenganya sukar untuk mengawal dialek daerahnya sehinggakan apabila melakukan pembentangan di dalam kelas dialek daerahnya begitu ketara dan jelas didengari. Kerisauan ini bertambah apabila memikirkan mereka yang mengalami masalah dialek ini bakal menjadi pendidik dan tidak semestinya akan dihantar mengajar di negeri kelahirannya, tetapi jika dihantar mengajar di negeri lain ini akan menyukarkan sedikit pemahaman pelajar untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru tersebut.
Komen :
Sebagai bakal pendidik kita perlulah bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu standard yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran bagi memudahkan ayat itu difahami oleh pelajarnya. Semasa di unversiti kita seharusnya melatih diri ini bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu standard.
No comments:
Post a Comment