Assalamualaikum w.b.t.
Pertemuan pada kali ini saya ingin membicarakan mengenai bahasa halus. Pastinya anda semua tahu bukan apa itu bahasa halus? Bahasa halus ialah sistem bahasa yang beradat, bersopan santun dan berbudaya tinggi. Bahasa halus ini digunakan untuk menghormati orang yang dilawan bercakap, menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap, mewujudkan kemesraan dan menghormati peraturan adat istiadat
Bahasa halus dikaitkan dengan unsur eufemisme, iaitu ungkapan lembut, sopan dan manis yang digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar seperti mayat kepada jenazah. Pada hari ini, semasa di dalam kelas terdapat seorang pelajar menyebut "lubang jamban". Jika kita dengar perkataan itu disebut di dalam kelas, kita dengar langsung tidak sopan kerana kelas merupakan tempat pendidikan formal yang seharusnya menggunakan bahasa yang lebih manis seperti "lubang tandas" jika didengar lebih sopan.
Oleh itu, apabila kita bertutur sama ada di dalam kelas mahupun di mana-mana, kita seharusnya menggunakan bahasa yang sopan dengan tujuan untuk menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap atau mewujudkan kemesraan.
No comments:
Post a Comment