Tuesday, March 15, 2011

Situasi 24

~Katakan Tak Nak Pada Bahasa Rempit~

Salam Bahasa Jiwa Bangsa.

Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang suatu artikel yang saya baca di laman sosial di mana pengguna laman sosial tersebut telah menggunakan bahasa rempit.  Bahasa rempit ialah bahasa yang merosakkan bahasa Melayu itu sendiri.  Mengapa saya katakan bahasa yang merosakkan bahasa Melayu sendiri? Hal ini kerana setiap perkataan yang digunakan akan ditambah dengan huruf ‘w’.  Contohnya :

Lew, apew, taw, kowunk, jew










Bahasa rempit ini sering digunakan oleh golongan remaja dan penggunanya adalah orang Melayu sendiri.  Hal ini menyebabkan nilai bahasa Melayu pada masa kini agak rendah tarafnya berbanding bahasa lain dek kerana bahasa-bahasa yang muncul akibat daripada hilangnya semangat kesetiaan terhadap bahasa ibundanya sendiri. 


Komen :
Kita sebagai penutur bahasa Melayu seharusnya memartabatkan lagi nilai bahasa Melayu itu sendiri supaya mampu untuk bersaing dengan bahasa Inggeris yang saya lihat begitu diagung-agungkan oleh orang Melayu sendiri.  Malahan, sekarang ini syarat untuk mencari pekerjaan adalah boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.  Di mana letaknya nilai bahasa Melayu itu sendiri dalam ekonomi?

Sebagai renungan bersama...

No comments:

Post a Comment