Sunday, March 13, 2011

Situasi 16

~Budaya Kita Wajah Kita~

Alhamdulilah...jari-jari ini masih mampu untuk menari-nari diatas papan kekunci untuk berkongsi maklumat dan pendapat tentang tingkah laku dan bahasa yang sering digunakan oleh masyarakat disekitar ku ini.  Bingkisan yang ingin dikongsi dalam blog yang tidak seberapa ini ialah tagline yang diucapkan oleh Usop watak yang terdapat dalam filem Hantu Kak Limah Balik RumahTagline "Budaya Kita Wajah Kita" ini dapat menggambarkan bahawa daripada budaya yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan menggambarkan wajah kita, iaitu identiti bangsa kita sendiri.  Apabila kita mengamalkan budaya dan cara hidup yang betul berlandaskan syarak, maka bangsa atau kaum lain akan menghormati adat dan budaya kita dan juga sebaliknya.  Oleh itu, tidak akan timbul pertelingkahan atau permusuhan jika setiap individu dapat menghayati maksud "Budaya Kita Wajah Kita" yang sering disebut oleh watak Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat kutipan yang tinggi di panggung wayang.

Sekadar titipan picisan...

No comments:

Post a Comment