Ilmu ada di mana-mana sahaja
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Sudah agak lama saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman bersama-sama anda. Oleh sebab itu, pada hari ini saya ingin berkongsi sesuatu perkara yang saya kira boleh kita contohi bersama. Pada pagi ini ketika saya sedang menggosok gigi di bilik air, saya terlihat beberapa botol mineral yang digunakan oleh rakan serumah saya untuk mengisi sabun pencuci baju dan pelembut kain. Setelah hampir 6 minggu botol-botol tersebut berada di tempat berkenaan barulah saya sedar bahawa pada pelekat botol mineral tersebut ada diselitkan pelbagai peribahasa, simpulan bahasa dan juga kata-kata kiasan. Bukat sekadar itu sahaja, malah ada juga botol yang meletakkan latihan untuk diisi.
Cuba anda perhatikan gambar botol mineral di bawah ini:
Pada pendapat saya, ini adalah salah satu inisiatif dan usaha yang baik dilakukan oleh syarikat pengeluar air mineral tersebut. Hal ini menandakan bahawa syarikat tersebut bukan hanya mementingkan keuntungan tetapi juga mengambil berat tentang ilmu bahasa Melayu.
Saya berharap agar ada banyak lagi syarikat-syarikat lain yang mencontohi syarikat ini. Tujuan di sini bukanlah untuk membuat promosi atau mencari publisiti murahan tetapi sekadar untuk mencari sesuatu yang terbaik untuk kita sama-sama contohi.
No comments:
Post a Comment