Coretan yang ingin saya kongsikan pada pertemuan ini mengenai sikap seorang pelanggan yang boleh dianggap kasar kepada pelayan di sebuah kedai makan makanan segera di Tanjong Malim. Mungkin anda semua mengetahui kedai makanan segera tersebut.
Kejadian ini berlaku semasa saya dan juga rakan-rakan saya sedang menjamu selera di dalam kedai makanan segera tersebut kerana menyambut ulang tahun kelahiran saya. Alhamdulillah saya masih diberi nafas dan masih diberi kesempatan untuk mengharungi kehidupan ini. Sedang enak kami menjamu selera, tiba-tiba seorang pelanggan Melayu yang duduk di hadapan saya memanggil dan memarahi pelayan yang juga berbangsa Melayu tersebut kerana lambat menghantar sup. Pelanggan itu memarahi pelayan itu dengan suara yang agak kuat kerana hampir sebahagian pelanggan yang terdapat di situ yang sedang menjamu selera menoleh dengan suara yang kuat tersebut. Namun, pelayan tersebut langsung tidak berkata walau sepatah pun dan terus berlalu menyiapkan kerjanya yang tergendala tadi.
Komen :
Sebagai orang Melayu yang dikatakan memiliki budi bahasa yang tinggi tidak seharusnya bersikap sebegitu rupa. Hal ini menyebabkan kaum lain yang melihat kejadian tersebut pastinya akan memandang serong dan mengganggap kaum Melayu ini sama sahaja dengan kaumnya yang tidak tahu untuk berbudi bahasa. Pelanggan tersebut seharusnya bertanya dengan baik kepada pelayan itu dan hendaklah menggunakan bahasa yang elok kerana kejadian tersebut telah mengaibkan atau menjatuhkan air muka pekerja itu. Hal ini kerana bahasa yang dituturkan melambangankan identiti sesuatu bangsa tersebut.
Untuk renungan bersama...
No comments:
Post a Comment