~ Peroton Siti?~
Pertemuan pada kali ini, saya ingin berkongsi permasalahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu sendiri mengenai kesalahan ejaan yang digunakan secara terang-terangan. Adakah wajar perkataan Proton City yang merupakan nama khas sesuatu tempat dieja menjadi Peroton Siti? Perkara ini dilihat begitu memalukan terutamanya kepada pihak universiti kerana perkataan tersebut tertera di hadapan bas UPSI sendiri yang membawa bakal-bakal pendidik untuk menimba ilmu. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana bas tersebut sentiasa berulang-alik dari Proton City ke kampus dan pastinya perkataan tersebut akan dilihat oleh pekerja di kilang proton tersebut. Oleh itu, diharap pihak universiti dapat mengambil tindakan sewajarnya sebelum pihak lain menegurnya terlebih dahulu. Sekian, wassalam...
No comments:
Post a Comment